fbpx

Nenek kahwin diri sendiri selepas 40 tahun menjanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fideli berasa teruja dan gementar untuk berkahwin dengan diri sendiri. - Donna Pennington

GOSHEN, OHIO – Seorang wanita berusia 77 tahun membuat keputusan mengahwini dirinya sendiri selepas 40 tahun hidup menjanda, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Dorothy Fideli berkahwin di Rumah Persaraan O’Bannon Terrace dalam negeri  Ohio pada Sabtu lalu, dengan ditemani keluarga dan rakan-rakan.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu pernah berkahwin pada 1965 dalam upacara ringkas. Namun, dia bercerai sembilan tahun kemudian.

Menurut Fideli, dia mendapat idea untuk berkahwin dengan diri sendiri ketika sedang duduk di sebuah gereja.

“Saya hidup bersendirian selama 40 tahun. Sesuatu berlaku kepada saya ketika sedang duduk di gereja pada suatu hari. Ia membuatkan saya berfikir bahawa saya perlu melakukan sesuatu istimewa untuk diri sendiri.

“Saya melakukan semua perkara sendiri. Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan diri sendiri)? Akhirnya, saya membuat keputusan untuk mengahwini diri sendiri,” katanya.

Selepas mendapat kebenaran pengurus rumah jagaan tersebut, anak Fideli, Donna Pennington menyewa gaun pengantin, menempah katering serta menghias lokasi majlis untuk hari bersejarah ibunya.

“Ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Saya tidak pernah berkahwin seperti ini,” kata Fideli sambil menambah, dia berasa gementar dan teruja ketika itu.

“Saya tidak menyangka bahawa saya akan kelihatan cantik dalam pakaian pengantin seperti ini,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI