fbpx

Mad Zaidi dilantik sebagai KSU KPK baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mad Zaidi

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Mad Zaidi Mohd. Karli@Sukari dilantik sebagai Ketua Setiausaha bagi kementerian sama berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata, Mad Zaidi, 53, mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam dengan jawatan pertama disandang olehnya sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dengan berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains dari University of London itu, Mohd. Zuki memaklumkan, Mad Zaidi berpengalaman luas dalam pelbagai bidang meliputi perancangan strategik, pengurusan dan bidang-bidang teras berkaitan perladangan dan komoditi.

“Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Mad Zaidi, saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan misi kementerian itu.

“Ia khususnya dalam meningkatkan daya saing global Malaysia menerusi produk-produk agrikomoditi yang bernilai tinggi dan lestari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN