fbpx

F1: Perlumbaan di Imola mungkin dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLUMBAAN GP Emilia Romagna di Imola berdepan pembatalan ekoran faktor cuaca hujan dan amaran banjir. – AFP

IMOLA – Perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Emilia Romagna 2023 yang berlangsung pada hujung minggu ini berdepan ancaman dibatalkan selepas hujan lebat dan ribut petir membadai wilayah tersebut.

Wilayah Emilia Romagna kini dilanda hujan lebat dan taburan hujan yang tinggi sejak beberapa hari lalu menyebabkan pe­ningkatan paras air di Sungai Santerno dan sungai berse­belahan Litar Autodromo Enzo e Dino Ferrari yang mula naik ke paras bahaya.

Pihak berkuasa Itali telah mengeluarkan amaran banjir serta tanah runtuh pada hari Selasa dan Rabu ketika Emilia Romagna bersedia untuk menjadi tuan rumah grand prix keenam musim 2023 hujung minggu ini dengan sesi latihan bebas dijadual berlangsung pada hari Jumaat.

Kakitangan F1 turut diminta meninggalkan paddock GP Emi­lia Romagna pada hari Selasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Dua orang terbunuh pada awal Mei akibat banjir di wilayah itu yang turut menyebabkan ratusan orang dipindahkan dari rumah mereka yang terkesan akibat banjir.

AlphaTauri, yang merupakan salah satu daripada dua pasukan F1 yang berpangkalan di Itali bersama Ferrari, menghantar mesej sokongan kepada penduduk kawasan itu awal bulan ini.

“Bandar Faenza, yang merupakan rumah kepada kilang pa­sukan Scuderia AlphaTauri kami dan bahagian lain di wilayah Emilia Romagna telah dilanda ribut hujan yang ganas.

“Ia mengakibatkan banjir besar dan dua nyawa turut terkorban di wilayah itu, selain menyebabkan kerosakan teruk di beberapa bahagian Faenza dan sekitarnya. Ia juga telah menjejaskan beberapa pekerja kami,” kata AlphaTauri dalam satu kenyataan.

Walaupun masih ada beberapa hari sebelum perlumbaan dimulakan, harapan untuk melihat ribuan peminat hadir ke perlumbaan dari Itali dan penonton dari luar sedikit sukar selepas beberapa kawasan wilayah itu dinaiki air.

Terdapat juga kemungkinan tempat letak kereta dan kawasan penonton tidak dapat digunakan kerana rosak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI