fbpx

Elon Musk kerja 7 hari seminggu, cuti 2 hari setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk bekerja tujuh hari seminggu dan hanya mengambil cuti antara dua ke tiga hari setahun. – Getty Images

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Elon Musk berkata, beliau merupakan seorang yang produktif dalam bekerja kerana hanya mengambil cuti tahun cuma dua hingga tiga hari, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bercakap kepada stesen penyiaran CNBC, Musk yang juga CEO Tesla dan SpaceX memberitahu bahawa beliau tidur enam jam setiap hari dan bekerja tujuh hari seminggu.

“Saya pernah cuba tidur kurang daripada enam jam. Meskipun saya berjaga lebih lama, tidak banyak pekerjaan yang boleh dilakukan. Saya juga mengalami sakit kepala jika kurang tidur,” katanya.

Bilionair itu turut mengkritik sistem bekerja dari rumah. Katanya, sistem itu tidak adil kerana  mereka yang bekerja sebagai tukang masak dan penghantar makanan  tidak boleh berbuat demikian.

“Ia amat teruk apabila memikirkan bahawa golongan ini perlu pergi ke tempat kerja sedangkan anda (pekerja pejabat)  tidak.

“Ini tiada kaitan dengan produktiviti, sebaliknya salah dari segi moral,” ujarnya.

Selepas mengambil alih Twitter pada Oktober 2022, Musk mencetuskan kritikan apabila menamatkan kebenaran bekerja dari rumah.

Dalam satu e-mel kepada kakitangannya, Musk berkata,  semua pekerja perlu hadir ke pejabat selama lebih 40 jam dalam seminggu dan sekiranya enggan, mereka wajar meletak jawatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI