fbpx

Cuaca panas tahap 1 di lima kawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu, di lima kawasan termasuk Pasir Mas, Kuala Krai di Kelantan, Rompin (Pahang) serta Betong dan Selangau di Sarawak.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di laman sesawangnya menjelaskan, suhu maksimum yang dicatatkan di lima kawasan tersebut adalah 35 hingga 37 darjah Celsius.

“Penduduk setempat diminta untuk minum air secukupnya dan elakkan pembakaran terbuka,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Orang ramai juga boleh boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini status cuaca harian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI