fbpx

Cuaca buruk di 10 negeri sehingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Kedah di Baling, Perak antaranya di Hulu Perak dan Kuala Kangsar, Kelantan antaranya di Tumpat dan Pasir Mas, Pahang antaranya di Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan manakala Johor antaranya di Tangkak dan Segamat.

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman di Tambunan, Pantai Barat di Ranau, Sandakan antaranya di Telupid dan Kudat di Kota Marudu dan Pitas,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI