fbpx

Coldplay bakal kecewakan penyokong Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA penyokong skuad Harimau Malaya pasti kecewa jika kapasiti tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terhad akibat persiapan konsert Coldplaay yang berlangsung pada 22 Noveber depan.

KUALA LUMPUR – Konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan mungkin menyebabkan kapasiti buat penonton bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 melibatkan skuad Harimau Malaya menjadi amat terhad.

Skuad kebangsaan dijangka turun pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 sehari sebelum konsert tersebut berlangsung, sekali gus mungkin menyebabkan situasi sama yang pernah berlaku ketika Januari lalu berulang apabila hanya 21,000 tempat duduk boleh digunakan gara-gara persiapan untuk konsert Jay Chou.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau sudah pun bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung perkara itu dan akan mencari jalan penyelesaian bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

“Perkara ini sudah dibincangkan dengan menteri (Hannah) dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) PSM. Saya sudah nyatakan ini kali kedua perkara sedemikian terjadi dan ia tidak boleh berlaku lagi.

“Kita sudah maklumkan kontrak kita dengan PSM untuk perlawanan dalam kalendar Fifa, kalau nak buat apa-apa, perlu maklumkan kepada kita. Jika tidak, lebih baik jangan ada kontrak dengan PSM,” katanya.

Justeru, Hamidin menjelaskan, pihaknya akan membuat rayuan berhubung penggunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 November nanti sebaik sahaja undian dibuat Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI