fbpx

Budak kena marah dengan ibu, lepas tertinggal dekat R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan di Twitter

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial hari ini, apabila orang ramai mula memperdebatkan tindakan seorang wanita yang memarahi anaknya menerusi panggilan telefon selepas kanak-kanak tersebut memaklumkan dia tertinggal di sebuah stesen minyak.

Kejadian dikatakan berlaku di kawasan hentian rawat dan rehat (R&R) dekat Seremban.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik pemilik akaun Twitter @bckupacc99 semalam.

“Selalu orang tinggal kad, beg dompet, barang. Ini tinggal anak.

“Budak ini datang tanya nampak kereta Wira mak dia tak. Kita macam eh mak dia tinggalkan dia kah?, tulis pengguna tersebut yang dikatakan pekerja di stesen minyak berkenaan.

Dalam pada itu, individu tersebut segera membantu menghubungi ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

“Al kisahnya mak dia dah gerak keluar R&R Seremban. Selepas itu ingatkan mak dia cemas, rupanya dia kena bebel,” ujarnya.

Menerusi panggilan telefon antara kanak-kanak tersebut dengan ibu, kedengaran wanita itu agak marah dengan anaknya.

“Tadi saya rasa mama ambil air wuduk lama,” kata kanak-kanak itu.

“Kenapa turun? Sudah, tunggu dekat situ. Bertuah betul budak ini,” balas si ibu dengan nada sedikit keras.

Tambah pemilik akaun TikTok itu lagi, dia meminta bantuan seorang pekerja untuk menghantar kanak-kanak tersebut kepada ibunya semula.

“Mak dia tunggu dekat R&R di depan kemain fikir macam mana nak patah balik. Selepas itu kita minta la tolong seorang pekerja ini hantar adik ini pergi R&R.

“Budak ini macam nak menangis, tapi dia ‘steady’,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegur tindakan si ibu kerana tidak memeriksa keberadaan anak di dalam kereta terlebih dahulu sebelum bergerak keluar dari kawasan R&R terbabit.

“Cara mak dia bercakap sangat defensive (pertahankan diri). Lebih nak salahkan dia (anak) yang masih tidak tahu apa-apa. Kemudia kena tinggal, ini sangat menyedihkan,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Ibu bapa yang bawa anak jalan-jalan, janganlah kelam-kabut sangat nak bergerak sana-sini, sampai tak sempat nak periksa anak ada dalam kereta atau tak. Buatnya kena culik, jadi kes lain pula atas sebab kecuaian ibu bapa sendiri,” tegur pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI