fbpx

Anwar sedih kematian Ustaz Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar semasa menziarahi Razali baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesedihan berikutan kematian Prof Dr. Ustaz Razali Nawawi.

Menurutnya, Allahyarham Razali merupakan salah seorang penjana dan pendiri Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang gigih bersama-sama beliau dan rakan-rakan lain.

“Amat menyedihkan tatkala Ustaz Dr. Razali Nawawi yang kami kasihi telah meninggalkan dunia ini.

“Beliau merupakan salah seorang penjana dan pendiri ABIM selain sebagai antara guru dalam perjuangan yang penuh liku ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan pengasas dan presiden ABIM pertama itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi Khamis.

Pemergian Allahyarham ke rahmahtullah di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Anwar seterusnya berkata, beliau sempat menziarahi Ustaz Razali minggu lalu yang sedang uzur.

“Semoga Allah merahmati rohnya dan memaafkan semua kesalahannya.

“Mendoakan keluarga dan insan tersayang yang ditinggalkan tabah dan dikurniakan kekuatan oleh Allah S.W.T,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI