fbpx

Amir Raja Lawak jaga mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR RAJA LAWAK

KUALA LUMPUR – Enggan mengguris hati orang sekeliling, pelawak Amir Raja Lawak mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.

Katanya yang dikenali dengan panggilan Amirreka itu, sepanjang 13 tahun menceburi arena hiburan, perkara utama diberi perhatian adalah tidak menggunakan bahasa kesat atau lucah, apatah lagi memalukan pihak lain.

“Sebenarnya saya pernah ditegur seorang seorang artis yang juga peserta Super Spontan beberapa musim terdahulu atas sebab dia tidak selesa dengan soalan yang saya ajukan.

“Pada mulanya, saya tidak perasan dia menyimpan rasa marah, hinggalah sebaik selesai program itu apabila dia menghantar mesej ringkas kepada saya berkenaan soalan terbabit

“Saya terima sahaja rasa tidak puas hati yang diluahkan kerana memahami perasaannya ketika itu. Mungkin dia pun sedang bergelut dengan emosi.

“Barangkali pada saya soalan tersebut biasa saja, tetapi untuknya tidak. Kita dah buat persediaan, tetapi kalau ada pihak kurang senang kita minta maaf. Inilah antara cabaran dalam program lawak spontan,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran program siaran Astro Warna, Mega Spontan di sebuah hotel, baru-baru ini.

Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi dia berharap, selebriti yang menyertai rancangan komedi tersebut dapat memahami konsep dan tugasnya sebagai pengacara program terbabit.

“Kebiasaannya soalan saya hasilkan sendiri, namun dibantu dan disemak penulis program terbabit bagi mencantikkan lagi olahan biarpun kebanyakkannya kedengaran pelik.

“Itu memang tugas saya. Nampak mudah. Bukan senang untuk saya hasilkan soalan berbentuk hiburan tapi dalam masa sama dibenci pula ramai pihak,” kongsinya yang berperanan sebagai pengacara bersama, Sherry Alhadad program itu.

Musim kali ini menyaksikan tiga pelawak otai iaitu Sabri Yunus, Zizan Razak dan Douglas Lim serta pelakon, Kamal Adli diamanahkan menggalas tugas mentor, manakala Datuk Afdlin Shauki kembali sebagai Game Master.

Mega Spontan yang bersiaran mulai 19 Mei ini bakal menyaksikan 20 pemain terdiri daripada selebriti dan peminat dibahagikan kepada empat kumpulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI