fbpx

7 juta penduduk Lembah Klang bakal terima bekalan air tanpa gangguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kanan) ketika melakukan gimik pelancaran SJAM di Kuala Selangor. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KUALA SELANGOR – Kira-kira tujuh juta penduduk melibatkan 1.6 akaun sekitar negeri ini, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka tidak akan mengalami gangguan bekalan air berikutan Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM) yang dijangka siap pada Oktober ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek yang memastikan kesinambungan bekalan air berterusan itu melibatkan pembinaan infrastruktur meliputi empat pakej.

Katanya, ini merangkumi rumah pam di Kampung Sungai Darah, Bestari Jaya; muka sauk LRA Rantau Panjang dan LRA Semenyih serta serta lencongan sungai di LRA Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3.

“Pada tahun 2020 sahaja berlaku lapan kali henti tugas berpunca daripada pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor dan sekali di Sungai Semenyih.

“Bagi 2021 pula, sebanyak tiga insiden pencemaran bau berlaku di LRA Sungai Semenyih.

“Perancangan di bawah SJAM merangkumi dua fasa iaitu menangani isu pencemaran air di Sungai Selangor dan kecukupan air mentah dalam menghadapi musim kemarau,” katanya ketika berucap merasmikan SJAM di tapak Takungan Air Pinggiran Sungai Hibrid (HORAS) 600, hari ini.

Beliau memberitahu, menerusi SJAM juga membolehkan pengambilan air mentah dari sungai yang tercemar akan dihenti dan digantikan sementara dengan sumber dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor atau Takungan Pinggiran Sungai (ORS) di Sungai Semenyih.

Amirudin menjelaskan pembangunan infrastruktur menelan belanja sehingga RM320 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri turut berbelanja RM10 juta bagi melaksanakan kerja rawatan biologikal bagi tujuan pemuliharaan kualiti Air Sungai Gong hingga ke Sungai Sembah bagi 2021 hingga Julai tahun ini.

“Kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan air mentah mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti untuk menampung permintaan penggunaan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan kawalan di sumber adalah mustahak bagi memastikan jenis dan punca pencemaran dapat dikenal pasti lebih awal boleh membolehkan pelaksanaan langkah-langkah mitigasi efektif.

“Ini adalah selaras dengan pendekatan Water Pollution Management di bawah Integrated Water Resources Management (IWRM),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI