fbpx

Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah cerai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN sensasi, Zainal Abidin dan Fyna Jebat dikatakan sudah pun bercerai.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi bualan apabila didakwa sudah bercerai dengan suaminya yang juga bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Perkara tersebut mula menjadi bualan ramai apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial bahawa bapanya sudah menceraikan Fyna.

“Kenapa perlu kongsi semula cerita bulan April yang lalu?

“Ibu saya juga tidak berdamai dengan sesiapa dan cerita ini tidak benar.

“Untuk pengetahuan awak, ayah saya sudah bercerai dengan Fyna. Mohon padam hantaran ini, terima kasih,” katanya dalam ruangan komen.

Entri tersebut berkongsi semula cerita Fyna sudah berdamai dengan isteri pertama Zainal yang sebelum ini dilaporkan tidak mempunyai hubungan yang baik.

Sementara itu, Zahira menerusi satu hantaran Facebook bertarikh 5 Mei memberitahu bapanya sudah membuat keputusan yang tepat demi kebahagian keluarga.

“Alhamdulillah, saya bersyukur ayah mampu membuat pertimbangan dalam keputusannya dan percaya yang terbaik untuk keluarganya.

“Semua yang telah berlaku merupakan sebuah ujian daripada Allah SWT. Semoga kisah buruk ini dijadikan iktibar dan pengajaran serta berharap agar semua ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara kami sekeluarga.

“Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh memecah-belahkan keluarga,” ujarnya.

Dia juga turut berkongsi semula perkongsian ibunya, Datin Zalina Zaini yang memuat naik mengenai balasan Allah SWT dan kuasa doa.

“Syukur Alhamdulillah. Kifarah Allah itu wujud, cepat atau lambat tetapi pasti.

“Jangan pandang rendah kuasa doa, itu adalah pemberian daripada Allah SWT,” kongsinya.

Pada 17 Mac lalu, Fyna dalam satu temu bual bersama media memberitahu Zalina sudah menarik laporan polis insiden pergaduhan membabitkan mereka berdua di sebuah restoran di Shah Alam pada 23 Januari lalu.

Sebelum itu, Fyna pada 9 Januari lalu mengesahkan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC itu namun tidak mendedahkan butiran sebenar bila mereka melangsungkan pernikahan.

Untuk rekod, Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Percubaan Kosmo! Online mendapatkan pengesahan daripada zainal mahupun pihak fyna belum mendapat sebarang respons. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI