fbpx

Wanita tabah jaga anak 29 tahun hidap hydrocephalus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alves bersama Graziely yang menghidap sindrom hydrocephalus. - JamPress/@AdalgisaSoaresAlves

BRASILIA, Brazil – Seorang wanita di Brazil meluahkan tidak akan berhenti menyayangi anak perempuannya yang digelar ‘kepala besar’ dan ‘bayi gergasi’ walaupun sudah berusia 29 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ibu kepada tiga anak, Adalgisa Soares Alves berkata, cahaya mata sulungnya, Graziely, dilahirkan dengan sindrom hydrocephalus iaitu mempunyai sejumlah cecair terkumpul pada otak yang menyebabkan tekanan dan kerosakan pada tengkorak.

Ketika menghadapi keadaan itu pada setiap hari, saiz kepala Graziely meningkat sebanyak tiga kali ganda dan kini, dia tidak boleh berjalan, bercakap dan kehilangan daya penglihatan baru-baru ini.

Dalam satu klip video di media sosial, terdapat netizen meninggalkan komen yang sensitif dengan salah seorang daripadanya mencadangkan agar Alves membunuh Graziely.

“Saya minta maaf kerana saya tidak akan mampu menghadapi keadaan ini. Saya tidak mampu melihat anak saya dalam keadaan seperti ini setiap hari,” tulis seorang netizen.

Namun, terdapat beberapa netizen yang memberikan kata-kata sokongan kepada Alves.

“Apabila mereka memanggilnya ‘kepala besar’, saya berasa sedih kerana ia bersifat kejam. Namun, yang penting adalah saya dan semua keluarga serta rakan-rakan kami sayang akan Graziely,” kata Alves. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI