PETALING JAYA- Seorang wanita menangis kesedihan setelah anak beruang yang dirawatnya selama dua bulan terpaksa diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijaga.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Tiktok Poltak M. Panjaitan itu memaparkan anak beruang berkenaan yang telah dipelihara selama dua bulan diserahkan ke tempat perlindungan yang lebih baik bagi tujuan penjagaan dan rawatan.
“Anak beruang ini telah mereka rawat selama dua bulan, namun kami harus ambil agar beruang itu dapat dirawat di tempat yang semestinya,” katanya di kapsyen.
Menurut pemilik, wanita itu menangis ketika berpelukan dengan anak beruang yang dilihat sangat manja dan seolah-olah enggan untuk berpisah.
“Terlalu sayang, mak cik ini menangis saat menyerahkan anak beruangnya,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai juga bersedih melihat situasi yang menyentuh hati itu.
“Entah kenapa setiap sesuatu di tangan yang tepat mesti akan diambil,” komen Momoks.
“Dengan anak beruang pun mak cik ni dah sayang sangat, apa lagi dengan anak sendiri,” kata Ricky.
“Kesian mak cik tu, semoga terus kuat ye mak cik,” kata Dahlia. -KOSMO! ONLINE