fbpx

UCL: Ancelotti persiap taktikal baharu hadapi The Citizens di Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA dan Vinicius akan sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk merobek gawang City pada aksi awal pagi esok. – AFP

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti dilaporkan bersedia untuk menambah kekuatan jentera serangan pasukan itu menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Manchester City di Etihad awal pagi esok.

Ancelotti berpendapat, pasukannya berjaya bermain dengan cemerlang pada aksi pertama di Santiago Bernebeu sebelum ini, namun mereka kekurangan ketajaman untuk menyudahkan beberapa peluang terbaik untuk berpuas hati terikat 1-1 aksi berkenaan.

Sebagai persiapan, jurulatih dari Itali itu merehatkan beberapa pemain utama ketika menewaskan Getafe 1-0 Sabtu lalu dengan menurunkan Marco Asensio, Faderico Valverde dan Eden Hazard.

Real dipercayai akan turun dengan formasi 4-4-2 yang menggunakan pendekatan serangan balas pantas selain memberikan fokus dalam memperkuatkan benteng pertahanan untuk mengekang ancaman City.

Ancelotti mungkin akan menamakan Luka Modric, Toni Kroos, Aurelien Tchouameni dan Federico Valverde di bahagian tengah untuk menyekat gaya hantaran pendek yang sering digunakan City.

Bagaimanapun, beliau akan terus memberikan kepercayaan kepada Karim Benzema dan Vinicius Jr. untuk merobek gawang City.

Sementara itu, di bentang pertahanan Real menerima khabar gembira apabila David Alaba akan kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan ketika Eduardo Camavinga berjaya menjalankan tugas di posisi itu sebelum ini.

Kehadiran Alaba membolehkan Eder Militao akan kembali diturunkan di posisi pertahanan tengah untuk bergandingan bersama Antonio Rudiger yang sebelum ini membuktikan kemampuannya menghentikan pergerakan Erling Haaland.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI