fbpx

Tiket konsert Coldplay dijual semula hingga RM43,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tiket konsert Coldplay yang dijual semula dengan harga lebih mahal.

PETALING JAYA – Tindakan beberapa individu menjual semula tiket konsert siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay dengan harga yang tinggi mengundang kecaman orang ramai.

Tinjauan di media sosial mendapati, ada yang bertindak menjual tiket konsert Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur November nanti sehingga mencecah RM43,200.

Difahamkan, tiket tersebut bagi tempat duduk di kategori 1 di mana harga asal yang dijual di laman web rasmi Go Live-Asia ialah hanya RM1,288.

Menurut individu yang menjual tiket tersebut, ia dijual kepada orang berkemampuan sahaja dan pertukaran dengan motosikal adalah tidak diterima.

Susulan daripada itu, ramai peminat kumpulan tersebut yang menggesa agar pihak penganjur mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menjual semula tiket dengan harga tidak masuk akal.

Malah, rata-rata peminat hari ini lagi sekali kecewa apabila kebanyakan tiket sudah habis dijual sebaik sahaja sesi jualan tiket bermula pada pukul 10 pagi tadi.

“Jangan beli tiket dari ‘reseller’, biar mereka rugi,” kata Florence.

“Hati-hati, jangan beli dengan mereka risau akan kena scam,” kata Naimm. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI