fbpx

Syarikat Korea Selatan labur lebih RM4.5 bilion di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TING HAN (dua dari kanan) bersama Onn Hafiz (tiga darj kanan) dan Seung-bae (dua dari kiri) sempena Majlis Forum Perniagaan Johor Korea dan Persembahan Kebudayaan di Hotel Double Tree By Hilton Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Syarikat dari Korea Selatan telah membuat pelaburan bernilai lebih RM4.5 bilion di negeri ini menerusi 80 projek sejak 10 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, sebanyak 1,700 peluang pekerjaan juga telah diwujudkan buat rakyat tempatan, termasuk pekerjaan berimpak tinggi.

“Sejak 10 tahun lalu sehingga hari ini, Johor telah menerima pelaburan sebanyak RM4.5 bilion melibatkan 80 projek dari syarikat asal Korea Selatan yang turut mewujudkan 1,700 peluang pekerjaan baharu.

“Oleh itu, kita yakin pelbagai usaha dilakukan termasuklah forum perniagaan ini akan dapat tarik lebih banyak pelaburan baharu untuk datang ke Johor, tahun ini ada tiga atau empat syarikat dari Korea Selatan yang tunjukkan minat,” katanya selepas menghadiri Forum Perniagaan Johor – Korea 2023 yang diadakan di Hotel DoubleTree by Hilton, di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Duta Besar Republik Korea ke Malaysia, Yeo Seung-bae.

Ting Han turut memberitahu, Korea Selatan merupakan salah satu daripada negara pelabur antarabangsa yang menjadi tumpuan negeri ini.

“Daripada segi ‘ranking’, Korea Selatan berada pada kedudukan ketiga atau keempat negara asing yang membuat pelaburan terbesar di Johor, tempat pertama biasan antara China atau Singapura, manakala Korea Selatan dan Jepun menduduki tempat ketiga atau keempat.

“Untuk Korea Selatan, kita tumpu kepada pelaburan melibatkan syarikat berkenaan kimia, petrokimia dan juga pembuatan, kerana bidang itu merupakan kepakaran mereka, mereka ada kelebihan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI