fbpx

Sarawak bangunkan aplikasi pantau kehadiran buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang bekerjasama dengan SAINS untuk membangunkan aplikasi pangkalan data dan pemantauan kehadiran buaya secara masa nyata.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata dengan ini, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan tempat-tempat ‘panas’ konflik manusia dengan buaya dapat dikenal pasti.

“Secara amnya, dron dan GPS digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarang buaya.

“Walau bagaimanapun, kita perlu akur yang kita perlu berkongsi habitat dengan buaya dan kita perlu mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko serangan buaya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk menghapuskan ancaman serangan buaya sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Selain itu, Len berkata Kerajaan Sarawak sedang merangka pelan pengurusan baharu yang lebih komprehensif dengan menekankan tiga matlamat bagi menangani konflik antara buaya dan manusia.

Katanya tiga matlamat itu ialah meneruskan usaha pemuliharaan buaya dan habitatnya, memastikan keselamatan penduduk terjamin dan memanfaatkan buaya sebagai sumber asli secara lestari.

Menjelas lanjut, beliau berkata antara tindakan yang telah dan akan diambil adalah seperti dari tahun 2020 sehingga kini, SFC telah menjalankan sebanyak 107 operasi dengan sejumlah 95 ekor buaya telah ditangkap dan 482 biji telur telah dipindah.

Manakala, katanya dari tahun 2020 hingga 2022, sebanyak 77 lesen pemburuan buaya telah dikeluarkan dengan hasil tuaian sebanyak 133 ekor, program kesedaran “3M” (Mengetahui, Memahami dan Memulihara) buaya sentiasa dianjurkan di kawasan-kawasan yang mempunyai kehadiran buaya dan papan tanda amaran kehadiran buaya didirikan di kawasan yang strategik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI