fbpx

S P Setia capai jualan RM1 bilion suku pertama 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek kediaman Goldea 2 di Presint Arundina, Setia Eco Park, Setia Alam antara pelancaran S P Setia yang akan datang.

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, S P Setia mencapai jualan membanggakan sebanyak RM1.03 bilion untuk suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2023.

Hasil berjumlah RM968 juta dengan Keuntungan Sebelum Cukai sebanyak RM116 juta.

Projek tempatan menyumbang RM903 juta, atau kira-kira 87 peratus daripada keseluruhan jualan, manakala projek antarabangsa menyumbang RM13 juta atau 13 peratus selebihnya.

Bagi projek tempatan, sebahagian besar jualan adalah dari Wilayah Tengah yang menyumbang RM546 juta, manakala Wilayah Selatan menyumbang RM285 juta.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Choong Kai Wai berkata, pihaknya berbesar hati dengan pencapaian ini bagi suku pertama tahun ini.

Choong Kai Wai

“Ia mencerminkan peningkatan dalam persekitaran makroekonomi dan sentimen pasaran yang mencabar.

“Dengan jualan yang membanggakan yang dicapai untuk suku tahun pertama, kami optimis mampu mencapai sasaran jualan berjumlah RM4.2 bilion tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tahun kewangan 2023, S P Setia merancang untuk melancarkan projek hartanah tempatan bernilai RM4.89 bilion yang secara keseluruhannya akan tertumpu di Wilayah Tengah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM3.83 bilion.

Disokong jualan belum dibil sebanyak RM7.17 bilion, 45 projek yang sedang berjalan dan baki bank tanah seluas 7,459 ekar (3,018 hektar) dengan GDV RM128.02 bilion setakat 31 Mac 2023, prestasi Kumpulan dijangka kekal berdaya tahan di tengah-tengah cabaran pasaran semasa. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI