fbpx

Remaja lelaki lemas mandi sungai berhampiran D’Kasai Riverside

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan berhampiran kawasan mangsa dilaporkan dibawa arus deras berhampiran D'Kasai Riverside, Chamang di Bentong, Pahang.

BENTONG – Kegembiraan empat sahabat mandi di sungai berhampiran D’Kasai Riverside, Chamang di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas dibawa arus deras semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi,17, terjatuh di kawasan arus deras sebelum hilang.

“Pasukan bomba membuat pencarian dengan teknik pencarian di permukaan dan mayat mangsa ditemukan pada pukul 9.35 malam di sekitar kawasan mangsa lemas pada kedalaman 2.4 meter.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI