fbpx

Polis Selangor terus banteras premis perjudian ‘online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika bercakap kepada pemberita di Universiti Sunway, Kuala Lumpur tengah hari tadi. Foto oleh NURHIDAYAH/ KOSMO!

SUBANG – Polis Selangor akan berusaha secara berterusan bagi membanteras premis-premis perjudian dalam talian seluruh kawasan Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sedang bekerja keras melaksanakan tanggungjawab dalam memerangi kegiatan jenayah tersebut.

“Perjudian di Selangor ini kita telah fokuskan kepada premis-premis yang digunakan secara dalam talian.

“Sebenarnya, kalau ada pun sangat minimum dan kita akan pastikan ia tidak wujud di Selangor,” ujarnya kepada pemberita selepas sidang akhbar Majlis Pelancaran Community In Action di Universiti Sunway, di sini, tengah hari.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah memberi peringatan kepada semua ketua polis daerah (KPD) diingatkan untuk mematuhi aku janji dalam melaksanakan tanggungjawab membanteras kegiatan jenayah, termasuk judi haram di daerah masing-masing.

“Yang itu adalah sesuatu Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat secara berterusan di mana kita minta ‘aku janji’ dari Ketua Polis Daerah (KPD) dan juga Ketua Polis Balai (KPB).

“Ia bagi memastikan tiada premis-premis judi ini. Kita juga ambil tindakan dalam secara berterusan, mana-mana KPD atau KPB yang tidak seiring dengan ‘aku janji’ mereka,” tambahnya.

Mengulas lanjut majlis berkenaan, beliau berkata penganjuran Cybersecurity Malaysia merupakan inisiatif baik daripada MCPF Selangor dan Universiti Sunway.

“Saya percaya program ini akan dapat membantu polis dan masyarakat dalam mengurangkan kadar jenayah dan mencegah kejadian jenayah.

“Semoga usaha murni ini boleh dicontohi pihak dan universiti lain untuk menunaikan tanggungjawab sosial masing-masing kejiranan dan masyarakat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI