fbpx

PasRelief teruskan ibadah korban di negara bergolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara program ibadat korban yang dilaksanakan PasRelief sebelum ini.

PETALING JAYA – PasRelief akan mengadakan program korban dan aqiqah menjelang Aidiladha khusus di semua negara bergolak dan negara yang ditimpa musibah.

Dalam satu kenyataan, PasRelief berkata, program yang telah dilaksanakan sejak 2017 khusus untuk membantu golongan yang tertindas, pelarian dan mangsa peperangan serta mereka yang terkesan akibat bencana alam.

Katanya, beberapa negara yang terkesan telah dipilih setakat ini dengan melibatkan hampir 10 buah negara.

“Antaranya Palestin, Yaman, Afrika (Sudan dan Kenya), Mindanao, Kashmir, Palu, pelarian Syria di Lubnan dan juga pelarian Rohingya di Arakan, Myanmar serta Cox’s Bazar, Bangladesh.

“Kesukaran dan kesusahan yang dihadapi mereka di kawasan tersebut telah menyebabkan ada di antara mereka yang tidak dapat menikmati daging sepanjang tahun,” katanya.

Dalam pada itu, PasRelief berkata, pihaknya turut menghantar delegasi ke negara-negara terbabit untuk membantu melancarkan segala program ibadah korban yang dijalankan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI