fbpx

Mid Valley terbakar: Bilik pencawang musnah 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran di Mid Valley pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik pencawang masuk utama ke bilik transformer di bangunan Mid Valley berkeluasan 1,600 kaki persegi terbakar 70 peratus dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.32 pagi.

Ujarnya, seramai 40 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Seputeh, BBP Sri Hartamas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Anggota melakukan pemadaman menggunakan kaedah offensive dan defensive bagi mengawal serta memadam kebakaran.

“Tindakan pantas anggota berjaya mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 12.07 tengah hari dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.44 tengah hari.

Katanya, kerja- kerja overhaul seterusnya dilakukan.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI