fbpx

LIMA’23: Ruang udara Langkawi ditutup, dron dilarang operasi – CAAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Ruang udara Langkawi akan ditutup bermula 18 hingga 27 Mei ini bagi memberi laluan kepada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud berkata, penutupan itu dibuat berdasarkan Aeronautical Information Publication (AIP) Supplement.

Beliau berkata, pihaknya turut mengingatkan orang ramai bahawa pengoperasian dron di Langkawi juga adalah dilarang sepanjang tempoh sama.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terutama membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pesawat yang sedang beroperasi di ruang udara Langkawi.

“Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara sepanjang penganjuran LIMA ’23,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Jelasnya lagi, arahan itu dibuat mengikut bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98 dan Peraturan 140-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI