fbpx

Larikan wang hampir RM1 juta, tiga rakan mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TigA rakan didakwa di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai RM900,000. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai kira-kira RM900,000 milik sebuah syarikat kawalan keselamatan aset pada Februari lalu.

Tertuduh, Md. Halman Lagis, Aszemi Dol dan Musliandee Mustapa Kamal yang kesemuanya berusia 43 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama dengan dua yang masih bebas telah melakukan pecah pejabat dan mencuri wang tunai lebih kurang RM900,000 milik SRT- EON Security Service Sdn. Bhd.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 12 tengah malam sehingga 1 pagi di Jalan Tasik Utama 2, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah pada 21 Februari 2023.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh masing-masing hanya bekerja sebagai pemandu lori, pemandu van kesihatan dan nelayan.

Tambahnya, kesemua mereka juga telah berkahwin dan mempunyai tanggungan keluarga termasuk anak yang masih kecil.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan tarikh 27 Jun depan sebagai sebutan semula kes serta lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI