fbpx

Kerugian lebih RM13 juta kes Macau Scam di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 Kontinjen Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Polis Kelantan merekodkan sebanyak 417 kes dengan kerugian lebih RM13 juta melibatkan penipuan sindiket Macau Scam dan pembelian secara dalam talian dalam tempoh lima bulan pada tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penipuan Macau Scam masih berlaku masih berlaku dalam kalangan masyarakat di negeri ini meskipun pelbagai pesanan sudah diuar-uarkan oleh pihak polis sebelum ini.

Menurutnya, polis sentiasa menjalankan siasatan mengenai setiap kes yang diterima sehingga ke akar umbi selepas menerima laporan daripada mangsa.

“Sindiket Macau Scam menggunakan banyak kaedah untuk memerangkap mangsa menerusi panggilan telefon. Ada yang memaklumkan bahawa mangsa tidak membayar bil air, insurans dan pelbagai cara untuk menipu mangsa.

“Taktik itu dilakukan untuk menakut-nakutkan mangsa sehingga mereka mendedahkan maklumat peribadi sekali gus wang simpanan di dalam bank hilang,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, siasatan mendapati, penipuan kes Macau Scam boleh berlaku kepada semua peringkat usia terutamanya warga emas dan golongan profesional yang dilihat banyak menjadi mangsa.

Menurutnya, siasatan mendapati, ada mangsa yang mengalami kerugian sebanyak RM200,000 hingga RM400,000 dalam satu-satu masa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI