fbpx

Gempar jumpa buaya dalam longkang Felda Kerteh 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Dungun memegang anak buaya yang berjaya ditangkap di Felda Kerteh 1, Dungun, Terengganu semalam.

DUNGUN – Penduduk Felda Kerteh 1 di sini gempar dengan penemuan seekor anak buaya sepanjang lebih satu meter yang dipercayai tersesat ke dalam longkang di perkampungan itu semalam.

Kehadiran haiwan reptilia yang dipercayai berasal dari sungai berhampiran itu disedari salah seorang penduduk pada pukul 4.30 petang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Dungun, Ahmad Kamal Ngah berkata, empat anggota agensi itu bergegas ke lokasi kejadian sebaik penemuan anak buaya terbabit dimaklumkan.

“Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap anak buaya tersebut menggunakan jerut dan alatan khas, reptilia berkenaan mungkin tersesat dari sebatang sungai yang terdapat di kawasan hutan berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Kamal berkata, pemeriksaan awal mendapati anak buaya terbabit berada dalam keadaan sihat dan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI