fbpx

F1: Russell enggan terlalu optimis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSELL enggan meletakkan harapan terlalu besar terhadap perubahan jentera W14 Mercedes menjelang aksi di Imola nanti. – AFP

LONDON – Pemandu Mercedes, George Russell memberi amaran bahawa proses menaik taraf jentera W14 pasukannya menje­lang perlumbaan Formula Satu (F1) pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna tidak akan mengubah segala-galanya.

Biarpun ketinggalan jauh dengan pasukan Red Bull yang dominan musim ini, namun Mercedes memutuskan untuk kekal menggunakan konsep ‘sidepod’ dan permukaan lantai jentera sama yang dianggap memberi masalah besar kepada pasukan tersebut sebelum ini.

Mercedes melakukan rombakan pada W14 dan turut memperbaharui bahagian hadapan bagi memastikan jentera tersebut lebih baik untuk dipandu oleh Russell serta juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton.

Bagaimanapun, Russell menegaskan meskipun Mercedes bakal berwajah baharu ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa ia akan memberi lonjakan luar biasa pada jentera tersebut.

“Menjelang perlumbaan di Imola hujung minggu ini, kami akan mempunyai beberapa perubahan pada jentera itu. Mudah-mudahan pakej baharu itu lebih positif. Walaupun perubahan itu tidak dapat dilihat dalam jangka pendek, tetapi saya harap ia adalah satu langkah yang betul.

“Kami tidak boleh menilainya terlalu awal. Kami perlu melihat pres­tasi jentera tersebut bila kami tiba di sana,” kata Russell.

Sewaktu di GP Miami, Mercedes bergelut pada sesi kelayakan apabila Hamilton tersingkir pada sesi kelayakan dua (Q2), ­namun Russell berjaya memasuki kelompok 10 teratas.

Bagaimanapun, Russell berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat pada perlumbaan sebenar, manakala Hamilton sekadar di kedudukan keeenam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI