fbpx

Enam kes kesihatan akibat cuaca panas dilaporkan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izani (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan biskut raya kepada pengamal media selepas sidang akhbar di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Kelantan merekodkan sebanyak enam kes berkaitan masalah kesihatan yang berpunca daripada cuaca panas pada Minggu Epidemiologi ke-19 pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, jumlah itu itu turut melibatkan satu kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang disahkan akibat terkena strok haba baru-baru ini.

Menurutnya, kesemua enam kes disebabkan oleh cuaca panas itu menyumbang kepada kes strok haba, kelesuan haba dan kejang haba.

“Daripada kesemua kes, lima mangsa yang mempunyai masalah kesihatan akibat cuaca panas telah dirawat di hospital dan kembali sembuh.

“Terbaharu, satu kes melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun yang dirawat di hospital selepas terkena kelesuan haba. Setakat ini, Kelantan mencatatkan kes paling tinggi melibatkan masalah kesihatan semasa cuaca panas diikuti Sarawak dengan lima kes dan Sabah tiga kes,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Izani memberitahu, suhu kebanyakan kawasan di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga iaitu antara 35 hingga 38 darjah Celsius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI