fbpx

Empat pelajar ditahan belasah seorang pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan pergaduhan antara suspek dan mangsa di kawasan parkir kereta di Jalan Intan, Sibu.

SIBU – Empat remaja lelaki iaitu dua pelajar sekolah menengah dan dua pelajar universiti ditahan kerana disyaki membelasah seorang pelajar di kawasan parkir kereta di Jalan Intan, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata tangkapan kesemua suspek berusia antara 14 hingga 19 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 15 tahun kira-kira pukul 8.52 malam Isnin lalu.

“Mangsa memaklumkan telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sekolah yang sama. Hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu telah berjaya menangkap kesemua suspek antara pukul 9 hingga 11 malam hari yang sama di lokasi yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut mengesan video pergaduhan tersebut yang disebarkan di laman sosial dan jelasnya kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI