fbpx

Bomba bantu keluarkan mayat Mejar Hendrinraj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di Seberang Jaya awal pagi semalam.

SEBERANG PERAI – Anggota bomba mengambil masa kurang setengah jam untuk membantu mengeluarkan mayat seorang jurusensor senjata pesawat tempur Sukhoi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam kemalangan di Seberang Jaya di sini Selasa lalu.

Mangsa, Mejar P. Hendrinraj dilaporkan maut ditempat kejadian selepas kereta yang dinaiki bersama seorang rakannya dikatakan merempuh belakang sebuah treler.

Kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan pulang dari latihan di Pengkalan Udara Butterworth.

Sumber bomba berkata, pasukannya tiba di tempat kejadian pada pukul 1.49 pagi selepas menerima panggilan berhubung kemalangan jalan raya itu kurang 10 minit kemudian.

“Apabila pasukan tiba di tempat kejadian mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer yang melanggar bahagian belakang sebuah treler muatan panjang yang parkir di bahu jalan.

“Terdapat dua orang mangsa terdiri seorang lelaki Melayu berumur 28 tahun dalam keadaan sedarkan diri dan mengalami kecederaan manakala seorang lagi lelaki India berusia 35 tahun maut ditempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, pasukannya bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa serta pemandu dan menyerahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI