fbpx

Aurel pernah ‘mencuka’ dengan ibu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aurel pernah dingin dengan ibu sendir, Kris Dayanti.

PENYANYI yang juga anak kepada Anang Hermansyah iaitu Aurel mengakui hubungan dengan ibunya, Kris Dayanti pernah tegang suatu masa dahulu.

Jelas Aurel, situasi tersebut disebabkan pendekatan netizen yang sering melaga-lagakan mereka dengan membandingkan hubungannya bersama Kris Dayanti dan ibu tirinya, Ashanty.

“Hubungan saya dengan mama (Kris) pernah tegang dan tidak baik gara-gara netizen. Mereka selalu mencetuskan provokasi membuatkan saya jadi panas dan bergaduh dengan mama,” ujarnya.

Aurel bagaimanapun bersyukur apabila kehadiran anak pertamanya, Ameena menyatukan kembali hubungan mereka.

Hubungan Aurel dengan Kris Dayanti sememangnya retak seribu sejak penyanyi lagu Menghitung Hari itu bercerai dengan Anang pada 2009.

Malah, selepas Anang bernikah dengan Ashanty pada 2012, ramai netizen yang mempersoalkan tanggungjawab Kris Dayanti terhadap dua orang mereka, Aurel dan Azriel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI