fbpx

Atasi jalan berlubang, kesesakan tambak selewatnya tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (kiri) berbual dengan Duta Korea, Yeo Seung Bae pada majlis Forum Perniagaan Johor-Korea dan Persembahan Kebudayaan di Hotel Double Tree By Hilton, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri komited untuk menyelesaikan beberapa isu kepentingan awam yang telah membelenggu rakyat negeri ini sejak sekian lama selewat-lewatnya tahun depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, antara isu tersebut termasuklah jalan berlubang, jaringan internet dan juga kesesakan yang kerap berlaku di Tambak Johor dan LinKedua.

Menurut beliau, pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri sedang bekerjasama dalam memastikan perkara itu terlaksana selari dengan inisiatif Johor Maju 2030.

“Baru-baru ini, saya semakin dikenali ramai bukan disebabkan rupa yang ‘handsome’ tetapi kerana tular di media sosial dalam usaha menyelesaikan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

“Selain itu, kerajaan negeri juga turut memberi tumpuan kepada usaha membaik pulih jalan raya berlubang di negeri ini, serta jaringan internet, kita usaha atasi selewat-lewatnya tahun depan,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan Johor – Korea 2023 yang diadakan di Hotel DoubleTree by Hilton, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, komitmen ditunjukkan pihaknya telah berjaya mengurangkan sehingga 30 minit tempoh perjalanan pengembara yang berulang-alik dari Johor ke Singapura untuk bekerja di republik itu, setiap hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI