fbpx

99 kawasan di Selangor alami gangguan air Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 99 kawasan di daerah ini, Klang dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada Isnin depan.

Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, gangguan bermula pukul 9 pagi itu susulan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

“Kerja-kerja pembaikan kecemasan ini melibatkan paip saluran utama berukuran 2,200mm diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar. Oleh demikian, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama.

“Namun begitu, sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah tersebut akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang telah dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor turut memaklumkan kerja-kerja pembaikan dijangka selesai pukul 3 pagi pada 23 Mei depan (Selasa) dengan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam, 24 Mei ini.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI