fbpx

31,000 liter minyak diesel bersubsidi dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMALUDDIN (tengah) menunjukkan tangki berisi cecair disyaki diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah kilang papan tidak bernombor di Kampung Chuar Hulu dekat Sauk, Kuala Kangsar, Perak hari ini.

KUALA KANGSAR – Sebanyak 31,000 liter minyak diesel bersubsidi berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah kilang papan tidak bernombor di Kampung Chuar Hulu dekat Sauk, di sini hari ini.

Serbuan melalui Op Tiris pada pukul 10.30 pagi itu menemui bahan bakar berkenaan disimpan di dalam dua unit skid tank.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan di lokasi juga menjumpai sebuah lori lima tan dan sebuah van yang diubah suai dengan meletakkan tangki lain selain tangki asal lori tersebut.

Katanya, kesemua kenderaan, peralatan penyedut minyak dan cecairdipercayai minyak diesel dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM101,400, telah disita.

Menurut beliau, berdasarkan risikan, sindiket itu mengupah ‘tonto’ bagi memastikan aktiviti mereka beroperasi tanpa disedari pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI