fbpx

[VIDEO] Ramai seru polis siasat segera pengasuh kasari budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Tular sebuah video seorang pengasuh yang didakwa ‘menyeksa’ seorang kanak-kanak untuk mendiamkannya di sebuah taska, di Mutiara Rini, Skudai, Johor sejak malam tadi.

Di dalam beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Sinar Hairan, kelihatan kanak-kanak itu terbaring dalam keadaan tidak berhenti menangis.

Pengasuh itu kemudiannya menepuk kepala beberapa kali diikuti menjerit dan beberapa perlakuan kasar yang lain terhadap kanak-kanak itu untuk mendiamkannya.

Difahamkan, individu yang merakam video ini tidak berani untuk membuat laporan polis dan meminta agar video berkenaan disebarkan agar ibu bapa kanak-kanak itu tahu.

Ekoran itu, ramai pengguna media sosial yang menggesa pihak berkuasa agar membuat tindakan dengan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada kanak-kanak yang lain juga.

“Apa nama tempat asuhan ni. Kalau ada, tularkan. Selamatkan bayi-bayi yang lain. Tidak mustahil ada kes lain juga ni,” komen Hairri Mohammad.

“Sampai masanya pihak berkuasa tapis betul-betul pengusaha taska, teliti pengetahuan agama mereka dan pantau setiap staf yang mereka ambil. Sampai bila kanak-kanak tidak berdosa terus jadi mangsa?,” komen Indera.

“Luluhnya hati tengok. Dia (pengasuh) tiada hati perutkah? Kalau sudah tak tahan, berhenti sahajalah. Harap benda ini sampai kepada ibu bapa dan tindakan diambil. Semoga masuk lokap,” komen seorang pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI