fbpx

Tugas wartawan tidak boleh disangkal – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyerahkan replika cek kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Roslan Ariffin (dua kanan) selepas sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil 1 Tahun 2023 di Putrajaya hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Peranan dan tugas wartawan tidak boleh disangkal malah, mereka juga terbabit di dalam proses pembangunan negara bangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau secara peribadi sentiasa menghargai penglibatan wartawan dalam membantu kerajaan secara keseluruhannya.

Beliau berkata, wartawan juga tanpa rasa jemu menguar-uarkan informasi dan maklumat mengenai dasar-dasar kementerian yang dipimpinnya kini iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Malah, perjalanan karier saya di dalam politik dan parti yang saya sayangi juga turut dikongsi wartawan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid hari ini menerusi peruntukan KKDW turut berbesar hati menyumbang RM50,000 sempena sambutan Hari Wartawan Malaysia 2023 (HAWANA 2023) yang akan disambut akhir bulan ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI