fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: ‘Tarian’ Lego Sam beri kilauan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atlet negara, Sam Jee Lek, beraksi ketika memenangi pingat emas dengan acara akhir 'breakdance' Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Olimpik, Phnom Penh. - Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Pilihan utama, Sam Jee Lek berjaya mempertahankan pingat emas saingan breakdance (B-Boys) lelaki di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik sebentar tadi.

Jee Lek yang terkenal dengan nama timangan Lego Sam menampilkan gerakan bertenaga dan memukau ketika mengetepikan wakil dari Thailand, Chinavut Chantarat 3-0.

Seorang lagi penari Thailand, Kantapon Rodsaart melengkapkan podium dengan membawa pulang gangsa.

Kata Jee Lek, emas yang dipertahankan tidak hadir dengan mudah kerana dia terpaksa menjalani latihan secara bersendirian tanpa mempunyai pasukan lengkap seperti jurulatih dan pegawai perubatan.

“Bagi menghadapi Sukan SEA, saya memang berusaha keras sejak awal tahun dengan melakukan latihan demi mengharumkan nama Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan, semua persediaan sendiri tanpa pasukan yang lengkap namun terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang ada memberikan bantuan kewangan.

“Kemenangan ini saya tujukan kepada semua pihak yang banyak membantu terutamanya keluarga dan rakan yang sentiasa menyokong untuk pastikan sukan tari membawa pulang emas untuk negara,” katanya.

Pada Sukan SEA Filipina 2019, Jee Lek menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam sukan breakdance tetapi acara B-Boys tidak dipertandingkan pada edisi 2021 di Vietnam. -KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI