fbpx

SPRM tahan tiga wakil syarikat disyaki tipu tuntutan Penjana 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek yang direman bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu Penjana 2.0 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tiga individu termasuk dua pengurus syarikat direman selama empat hari sehinggga lusa bagi membantu siasatan dakwaan mengemukakan tuntutan palsu lebih RM250,000 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Penolong Kanan Pendaftar, Norina Maludin membenarkan perintah reman itu terhadap ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 29 hingga 37 tahun.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kesemua suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana 2.0).

“Mereka disyaki menghantar borang pengesahan mengandungi butir palsu di bawah walaupun penama bukan pekerja syarikat tersebut.

“Dua suspek yang merupakan pengurus syarikat perkhidmatan sumber kemahiran disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2021,” katanya di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, seorang lagi suspek iaitu pemilik sebuah syarikat komputer pula disyaki mengemukakan tuntutan palsu sama sejak dua tahun lalu.

Tambah beliau, syarikat perkhidmatan sumber kemahiran terbabit dipercayai menuntut lebih RM170,000 manakala syarikat komputer terbabit pula lebih RM85,000.

“Mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI