fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad hoki wanita benam Thailand di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain hoki wanita negara meraikan kejayaan memenangi pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Skuad hoki wanita negara mengesahkan kejuaraan berganda buat kontinjen Malaysia selepas meraih pingat emas dalam acara hoki padang apabila di Sukan SEA Kemboja 2023 sebentar tadi.

Pada saingan di Padang Hoki, Morodok Techo itu, skuad kendalian Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menewaskan Thailand 4-1 pada aksi final.

“Alhamdulillah, walaupun kami ketinggalan, pujian untuk pemain yang kekal tenang dan fokus dengan perancangan kami dalam usaha merangkul kemenangan.

“Bagi temasya Sukan SEA kali ini, saya boleh simpulkan bahawa ianya satu kejayaan yang baik untuk pasukan kerana banyak cabaran yang perlu kami harungi di sini.

“Kami tidak pernah bermain dengan keadaan cuaca panas dan mencabar seperti ini selain keadaan padang baru yang tidak sesuai dengan strategi pasukan,” kata Mohd. Nasihin.

Perlawanan final itu menyaksikan skuad negara sedikit cemas apabila lawan meraih jaringan menerusi gol padang Natthakarn Aunjai seawal minit keempat.

Namun, skuad Malaysian Tigress kembali menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Siti Nur Arfah Mohd Nor sebelum Nuraini Abdul Rashid meledak gol kedua pasukan hasil penalti stroke pada minit ke-18.

Dua lagi gol Malaysian Tigress diperoleh menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad dan Nur Afiqah Syahzani Azhar masing-masing pada minit ke-29 dan 49.

Kemenangan itu menyaksikan skuad wanita negara mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas hoki padang tidak dipertandingkan pada 2019 di Filipina dan 2021 di Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI