fbpx

Skuad e-Sukan negara tampil luar biasa di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD e-Sukan menampilkan prestasi luar biasa apabila berjaya meraih pingat perak pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh.

PENGURUS skuad e-Sukan negara, Andrew Cheong percaya anak-anak buahnya telah buktikan bahawa penyertaan ke temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini bukanlah sekadar ‘makan angin’ semata-mata.

Andrew menyifatkan prestasi yang dipamerkan oleh barisan atlet terutama skuad Mobile Le­gends Bang Bang (MLBB) lelaki yang berjaya meraih pingat perak adalah sesuatu di luar jangkaan.

Kata Andrew, sasaran awal yang ditetapkan untuk skuad MLBB lelaki adalah untuk meraih pingat gangsa berdasarkan reputasi hebat yang dimiliki oleh negara serantau seperti Indonesia dan Filipina.

“Pada awalnya, saya letakkan sasaran pingat gangsa kepada pasukan ini tetapi mereka telah mempamerkan prestasi luar biasa untuk mara ke pentas final sebelum tewas kepada Filipina.

“Secara jujur, pingat perak juga boleh dianggap sebagai satu kejayaan cemerlang dan ini adalah prestasi terbaik negara dalam arena e-Sukan temasya Sukan SEA di Phnom Penh kali ini.

“Malah, saya percaya kejayaan ini boleh dijadikan sebagai bukti bahawa barisan atlet e-Sukan negara tidak berada di sini sekadar untuk makan angin kerana mereka serius pada setiap acara yang dipertandingkan,” katanya.

Pada aksi final di Dewan Nagaworld 2, Phnom Penh kelmarin, skuad MLBB negara yang diwakili oleh beberapa pemain ternama seperti Muhammad Danial Fuad (Cikugais) dan Mohamad Zul Hisham Noor (Xorn) tewas dengan kekalahan 0-3 kepada Filipina.

Mengulas mengenai keputusan itu, Andrew yang lebih mesra dengan nama Sir Cloud me­ngakui kalah atau menang adalah adat pertandingan dan apa yang penting mereka sudah berikan yang terbaik.

“Kita berjaya tewaskan Filipina di peringkat kumpulan kali ini, namun keputusan berbeza apabila bertemu semula di pentas final. Tiada apa yang perlu dikesalkan kerana pemain sudah berjuang untuk menyumbangkan emas tetapi tidak berjaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI