fbpx

PRN: DUN Negeri Sembilan dijangka bubar hujung Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun (tujuh dari kanan) pada Majlis Pelancaran Nama Baharu Bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato’ Syeikh Mohd Murtadza di sini hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka dibubarkan pada hujung bulan hadapan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya mengambil pendirian tersebut hasil pertemuan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri lima buah negeri lain yang turut akan akan mengadakan PRN pada tahun ini.

“Kami sudah buat keputusan, (bubar DUN) tidak sama hari, tidak sama tarikh tetapi dalam bulan yang sama, insya-Allah. Ada yang mungkin awal bulan Jun, ada yang penghujung bulan Jun dan ada juga awal bulan Julai.

“Pemikiran yang dibincangkan pada ketika itu, kami (Negeri Sembilan) akan ambil hujung bulan Jun, insya-Allah, 1 Julai itu adalah hari terakhir (automatik),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Nama Baharu Bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato’ Syeikh Mohd Murtadza di sini hari ini.

Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat berkata, perkara tersebut juga telah dimaklumkan beliau kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, DUN Selangor akan dibubarkan sebelum tarikh pembubaran automatiknya iaitu 25 Jun depan.

Tambah Amirudin, beliau bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri terlibat bersepakat untuk membubarkan DUN masing-masing selewat-lewatnya minggu keempat bulan hadapan.

Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor akan menjalankan PRN tahun ini selepas keenam-enam negeri itu tidak membubarkan DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI