fbpx

Penganggur hidup mewah hasil jual dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (gambar) menunjukkan tangkapan dan barang rampasan ketika sidang akhbar di IPK Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Gaya hidup mewah seorang seorang penganggur warga tempatan akhirnya membongkar kepada kegiatan pengedaran dadah selepas dia ditahan polis bersama rampasan syabu dan heroin bernilai RM42,550 di Bukit Tengah, dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis bertindak menyerbu sebuah premis perniagaan di Bukit Tengah dan menahan suspek lelaki berusia 33 tahun semasa berada di atas motosikal di hadapan premis terbabit pada pukul 5.25 petang.

“Suspek lelaki ini disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu dan heroin sejak tahun lalu dan hasil pemeriksaan lanjut polis merampas tujuh peket plastik berisi syabu seberat 520 gram(g) bernilai RM20,500 berada bersamanya.

“Seterusnya, menerusi soal siasat ke atas suspek, polis menyerbu kawasan parkir kereta sebuah apartment yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi serbuan pertama,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, polis telah merampas empat paket heroin seberat 1,820g bernilai RM20,050 dalam sebuah kereta dipercayai milik suspek lelaki itu yang diparkir di kawasan berkenaan.

“Suspek disyaki menjalankan kegiatan pengedaran dadah dengan mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian sindiket sebelum membungkus semula dan mengedar kepada pembelinya.

“Polis menyita tiga buah kenderaan bernilai RM198,000 termasuk dua buah kereta mewah bernilai RM180,000 yang dipercayai dimiliki suspek,” ujarnya semua dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 11,700 penagih.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, hasil siasatan mendapati suspek terbabit mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sindiket yang membekalkan dadah kepada lelaki itu, namun kami percaya dia menjalankan kegiatan pengedaran dadah dengan bergerak sendirian,” ujarnya suspek direman selama tujuh hari sehingga 20 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI