fbpx

Pemandu rentung tersepit dalam lori balak sebelum terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori balak yang terbakar selepas kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Temehel dekat Pekan Yong Peng, Batu Pahat pagi tadi.

BATU PAHAT – Seorang pemandu lori balak maut selepas tersepit sebelum terbakar dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Kampung Temehel dekat Pekan Yong Peng di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.14 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Khairol Nizam Rokazi,39, meninggal dunia di lokasi nahas.

Menurutnya, kemalangan melibatkan tiga buah lori balak yang penuh dengan muatan dalam perjalanan dari Labis ke Yong Peng.

“Siasatan mendapati ketika sampai di lampu isyarat berkenaa, lori pertama yang dipandu oleh Mohd Shahril Musa, 27, dan lori kedua pula dipandu Mohammad Fathul Syarastani Suhimi,30, berhenti kerana menunggu lampu isyarat hijau.

“Bagaimana pun, lori ketiga yang dipandu oleh Mohd Khairol gagal memberhentikan lorinya sebelum melanggar lori balak yang berada di hadapannya.

“Akibat kejadian itu, lori berkenaan telah terbakar dibahagian hadapannya menyebabkan Mohd Khairol rentung kerana tersepit di tempat duduk pemandu,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI