fbpx

Pegawai, anggota polis P. Pinang ditahan kes judi ekor haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang pegawai dan enam anggota polis sebuah balai polis di daerah Timur Laut di sini ditahan selepas disyaki terlibat dengan aktiviti judi ekor haram.

Selain pegawai dan anggota polis balai berkenaan, lima orang awam turut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti berkenaan.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi selama dua hari bermula Ahad lalu yang dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Difahamkan, ketika ditahan kesemua mereka sedang bermain judi ekor haram dan polis turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti tersebut.

Antara barangan yang dirampas telefon bimbit, wang tunai, komputer riba, mesin mengira wang kertas, buah mahjong, dadu dan lain-lain.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, beliau mengesahkan penahanan anggota dan pegawai polis berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kes itu yang masih dalam siasatan pihak polis.

“Saya sahkan, namun tidak dapat ulas lanjut kerana masih dalam siasatan polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI