BEIJING – Seorang lelaki di Nanjing, China menjadi perhatian ramai apabila dia dengan selamba menaiki permainan ‘kapal lanun’ di sebuah taman hiburan dalam keadaan santai tanpa rasa takut atau cemas, lapor laman berita Mothership semalam.
Berdasarkan sebuah klip video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat tidak berada di tempat duduk seperti pengunjung lain.
Dia sebaliknya dilihat berada di antara dua penyandar tempat duduk ketika permainan itu berhayun pada sudut 75 darjah.
Ketika pengunjung lain menjerit ketakutan apabila permainan itu bergerak, lelaki berkenaan bercakap menerusi telefon bimbit sambil menghisap rokok dengan selamba.
Kejadian itu menarik perhatian orang ramai di ruangan komen.
“Ini satu-satunya masa dalam hidup apabila anda boleh berdiri lebih tinggi daripada orang lain,” komen seorang netizen.
“Tiada kapal dalam dunia moden yang cukup mencabar untuknya,” komen netizen lain. – Agensi