fbpx

Nelayan terjejas, bot tersadai akibat sungai ‘kering’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bot nelayan tersadai selepas paras Sungai Muda menyusut akibat kerosakan pintu baraj Sungai Muda.

SUNGAI PETANI – Lebih 20 nelayan air tawar di Sungai Muda di Tikam Batu, dekat sini terjejas susulan kejadian air sungai surut akibat kerosakan pintu baraj Sungai Muda sejak awal pagi kelmarin.

Tinjauan di muara sungai tersebut berdekatan Jambatan Merdeka, Tikam Batu mendapati banyak bot nelayan yang tersadai ekoran kejadian air surut tersebut.

Seorang nelayan air tawar yang ditemui, Ismail Abdullah, 48 berkata, dia mendapat maklumat mengenai perkara tersebut kira-kira pukul 5 pagi kelmarin selepas dimaklumkan rakan menerusi aplikasi Whats­App.

Katanya, dia bergegas ke lokasi dan mendapati air sungai kering sehingga menyebabkan bot-bot nelayan yang dile­takkan di situ tersadai.

“Setahu saya kejadian air surut yang berlaku kali ini adalah paling teruk pada musim kemarau beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini, air sungai memang sudah kurang akibat kemarau dan menjadi semakin buruk disebabkan masalah teknikal yang berlaku ini,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi nelayan yang ditemui, Farok Othman, 59, berkata, kejadian air surut itu menyebabkan pendapatan ha­rian mereka terjejas.

“Kejadian air surut yang berlaku secara tiba-tiba jadi kami tidak dapat membuat sebarang persiapan awal bagi berhadapan situasi ini.

“Keadaan ini dijangka berlarutan selama hampir seminggu sementara menunggu paras air naik semula,” ujarnya.

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dalam kenyataan pada kelmarin memaklumkan sebanyak 252,000 akaun pengguna di tiga daerah iaitu Kuala Muda, Kulim dan Baling terjejas

akibat penurunan mendadak paras sungai yang berpunca daripada kerosakan pintu baraj Sungai Muda.

Kata SADA, kejadian luar jangka itu mengakibatkan pengoperasian Loji Rawatan Air ( Sungai Petani/Pinang Tunggal dan Kulim Hi-Tech terpaksa dihenti tugas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI