fbpx

Masing-masing ada kekuatan, tiada yang keluar parti – Noraini Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (dua kiri) yang juga Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada Majlis Hari Raya Aidilfitri RISDA 2023 di Ibu Pejabat RISDA hari ini

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad memberi jaminan bahawa tiada ahli yang bakal keluar dari parti itu semata-mata kerana isu kehadiran pemimpin dan ahli DAP di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hujung minggu lalu.

Jelas Ahli Parlimen Parit Sulong itu lagi, semua pihak seharusnya melihat secara positif kerana pada waktu ini kerajaan yang dibentuk merupakan sebuah Kerajaan Perpaduan.

“Insya-Allah tiada ahli yang akan keluar. Kita lihat secara positif sebab kita bentuk kerajaan lebih stabil iaitu Kerajaan Perpaduan dan yang memimpin adalah Pakatan Harapan . Kemudian, Barisan Nasional (BN) dan parti-parti lain dari Sabah dan Sarawak termasuk parti-parti kecil.

“Keseluruhan 148 Ahli Parlimen. Kita tengok dari segi tersebut dan Insya-Allah, macam saya pernah cakap dalam ucapan saya sebelum ini, masing-masing penuh dengan pengalaman dan kekuatan sendiri.

“Kita perlu gunakan kekuatan masing-masing itu untuk bersama-sama bergerak ke hadapan. UMNO pun ada kekuatan sendiri, begitu juga dengan Harapan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pun sama. Jangan fikir negatif, kita kena bergerak ke hadapan,”katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Risda 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa lebih ramai ahli parti itu berkemungkinan akan menolak UMNO selepas Dewan Merdeka yang menjadi lokasi himpunan keramat orang Melayu dimasuki pemimpin dan ahli DAP.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu meramalkan UMNO akan terus ditolak pada PRN dan pilihan raya umum PRU akan datang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN