fbpx

Lima beranak nahas jalan raya selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Ilham tidak dapat menahan sebak ketika menyiram air mawar di pusara ibu dan empat adik beradiknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang dekat Padang Rengas.

PADANG RENGAS – Jenazah lima beranak yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Kilometer 310.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Gua Tempurung di sini hari ini, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad sebentar tadi.

Jenazah Allahyarhamah Azriyani Abdul Latif, 45, dan empat anaknya, Muhammad Azib Nasaruddin, 23; Siti Nur Aminah, 8; Ahmad Uwais Al Qorni, 5, dan Muhammad Fawwaz, 7, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang pada pukul 6.50 petang.

Terdahulu, jenazah lima beranak itu dibawa dari Hospital Kampar ke Masjid Al-Hadhari di sini sekitar pukul 5.11 petang untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada pukul 5.55 petang.

Proses pengebumian berjalan lancar dengan kehadiran lebih 500 orang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan penduduk kampung.

Kejadian sekitar pukul 2 pagi itu berlaku ketika lima beranak berkenaan dalam perjalanan dari rumah di Kuala Kangsar ke kampung mereka di Changkat Petai, Tapah Road.

Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dipandu Muhammad Azib melanggar belakang sebuah lori muatan pasir dipandu lelaki berusia 25 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI