fbpx

Lelaki dirantai teman wanita kerana bimbang dicurangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek mengurung teman lelakinya di dalam sebuah bilik. - El Dia

BUENOS AIRES – Pihak berkuasa Argentina menyelamatkan seorang lelaki yang dirantai di dalam sebuah bilik tidur selama tiga hari oleh teman wanitanya kerana bimbang dicurangi, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pasangan kekasih tersebut telah bercinta selama enam bulan tetapi wanita berusia 30 tahun itu dikatakan semakin bersikap cemburu terhadap teman lelakinya yang berusia 29 tahun, kata mangsa kepada polis.

Disebabkan bimbang ditinggalkan untuk wanita lain, suspek mengurung mangsa di dalam bilik tidur rumahnya di bandar selatan Buenos Aires, La Plata.

Pada Sabtu lalu, mangsa berjaya mencapai telefon bimbitnya untuk menghantar mesej kepada rakan yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Menurut mangsa, hubungan mereka mula bermasalah sejak beberapa minggu lalu apabila teman wanitanya itu mula mengenakan perintah berkurung ke atasnya.

Wanita itu juga menetapkan had masa untuk teman lelakinya tiba di rumah setiap kali dia keluar bersama rakan atau teman sekerja.

Nama mangsa dan suspek belum didedahkan oleh pihak berkuasa.

Suspek ditahan dan didakwa atas tuduhan menculik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI